Wednesday, July 16, 2008

21ft Model Baru

Ini adalah model bot keluaran terbaru Ken And Tan Sdn Bhd. Bot yang mendapat sambutan hangat daripada penggemar bot, dan masa ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi ini.

Bot ini jauh lebih lebar dan tinggi daripada model 21ft keluaran pertama kami. Pelanggan akan merasakan lebih selamat dengan ruangan dalamnya yang lebih tinggi dari paras air laut. Sila lihat dalam gambar sebelah kiri, engine Yamaha 85HP cuma nampak cover sebelah atas saja dan seolah-olah tidak ada engine di bot tersebut


Dari segi kelajuan, ia mengalahkan 21ft A buatan kami yang pertama dengan kuasa kuda dan jenis engine yang sama.
Dalam keadaan masa laut berombak ianya lebih mesra pelanggan, kerana tidak ada semburan air laut ke dalam bot semasa merentasi ombak.


Sangat sesuai dengan sebiji engine yang berkuasa kuda 85HP - 90HP. Sebagai pembuat bot, kami tidak menggalakan pengguna untuk memasang engine melebihi 115Hp, kerana ianya melebihi laju yang diperlukan. Tetapi pilihan untuk menentukan sais engine, adalah ditangan awda.
Pelanggan dari Sabah yang membeli bot 21ft pada Disember 2007 yang lalu melalui Agen kami di Labuan, telah memasang Yamaha 200HP di bot tersebut dan masih digunakan hingga hari ini. Ini membuktikan bot design baru kami mampu menagani kuasa kuda yang tinggi.


Untuk mencuba (sea trial) bot design baru kami atau untuk mendapatkan VCD (gambar video) percuma bot tersebut sila hubungi Lenny atau Alex di numbor 8197779 / 8818907.
Office: 2790779 / 2790604.
Sekian terimakasih.
Ken And Tan

1 comment:

Fauzi said...

Boat ini sangat cantik...bearap kah harga boat ini.Kalau nak datang melawat kilang tuan macam mana?Fauzi WP Labuan.
Mobile no:0198728977